Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Lelaki Israel Miliki Enam Senjata Api 200 Peluru Akan Didakwa Esok Kpn

Published: 11 Apr 2024 10.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 11 April 2024 - Shalom Avitan, lelaki warga Israel yang ditahan pada 27 Mac lalu akan dituduh mengikut Akta Senjata Api, esok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-lelaki-israel-miliki-enam-senjata-api-200-peluru-akan-didakwa-esok-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT
Kuala Lumpur, 11 April 2024 - Shalom Avitan, lelaki warga Israel yang ditahan pada 27 Mac lalu akan dituduh mengikut Akta Senjata Api, esok.

Pertuduhan terhadap suspek berusia 38 tahun yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru dijadualkan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan demikian kepada BH hari ini, berkata siasatan terhadap lelaki Israel itu selesai dijalankan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

"Siasatan selesai dijalankan selepas pejabat Timbalan Pendakwa Raya bersetuju dengan cadangan melakukan pertuduhan kerana memiliki senjata api terhadapnya. Siasatan terhadap baki 14 lagi yang masih ditahan masih berjalan dan mereka masih dalam reman," katanya.

Tan Sri Razarudin, berkata siasatan terhadap 14 individu itu dibuat berhubung kaitan mereka dengan kesalahan memiliki senjata api.

"Pada masa ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung individu lain yang masih ditahan termasuk keterangan dari dua lelaki warga Turki dan seorang lelaki warga Georgia," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1233790/lelaki-israel-miliki-enam-senjata-api-200-peluru-akan-didakwa-esok
ArticlePublished 11 Apr 2024 10.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM