
Artikel
Artikel Pilihan Sindiket Jenayah Derma Kepada Ngo Untuk Cuci Duit
Kuala Lumpur, 11 April 2024 - Berselindung di sebalik derma kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ia adalah antara modus operandi bagi melindungi wang hasil...
Kuala Lumpur, 11 April 2024 - Berselindung di sebalik derma kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ia adalah antara modus operandi bagi melindungi wang hasil aktiviti haram dilakukan sindiket perjudian, pengedaran dadah, penyeludupan. pemerasan dan sebagainya.
Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengarah (Pengubahan Wang Haram/Siasatan Perakaunan Forensik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Dato' Muhammed Hasbullah Ali berkata, pihak Amla PDRM juga ada menerima maklumat berkaitan NGO yang digunakan untuk mencuci wang.
Menurutnya, NGO itu akan mengambil kesempatan dengan nama entiti NGO mereka bagi mengumpul dana dari sindiket yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang seperti perjudian, pengedaran dadah, penyeludupan. pemerasan dan sebagainya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1079088/sindiket-jenayah-derma-kepada-ngo-untuk-cuci-duit#google_vignette