Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Lapan Cap Jari Ditemukan Di Lokasi Faisal Halim Disimbah Asid Kpn

Published: 21 May 2024 2.13 PM Updated: 15 Aug 2026 8.12 PM
Kuala Lumpur, 21 Mei 2024 - Lapan cap jari ditemukan di lokasi kejadian pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim disimbah asid, namun hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-lapan-cap-jari-ditemukan-di-lokasi-faisal-halim-disimbah-asid-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT
Kuala Lumpur, 21 Mei 2024 - Lapan cap jari ditemukan di lokasi kejadian pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim disimbah asid, namun hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata baki tiga cap jari lagi tidak mempunyai padanan dalam pangkalan data Polis Diraja Malaysia, berkemungkinan individu berkenaan tidak pernah ditahan polis dan tidak memiliki rekod kesalahan lampau.
“Polis telah mengedarkan fotofit atau lakaran wajah individu disyaki suspek kejadian berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu seperti lakaran itu diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 9 Mei lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata polis sedang menganalisis cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian pemain negara itu disimbah asid.

Dato' Sri Mohd Shuhaily berkata hasil semakan kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan dan meninggalkan cap jari.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Update Artikel Pilihan Lapan Cap Jari Ditemukan Di Lokasi Faisal Halim Disimbah Asid Kpn
ArticlePublished 21 May 2024 2.13 PMUpdated 15 Aug 2026 8.12 PM