Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Kpn Mohon Perintah Komital Kedua Sifatkan Permohonan Maaf Papagomo Tidak Ikhlas

Published: 06 May 2025 12.06 PM Updated: 15 Aug 2026 8.03 PM
Tumpat, 7 Mei 2025 - Kelibat beberapa individu di tebing Sungai Mak Neralang, di sini, awal pagi, semalam, membongkar cubaan menyeludup 17,500 kotak rokok masuk ke dalam negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-kpn-mohon-perintah-komital-kedua-sifatkan-permohonan-maaf-papagomo-tidak-ikhlas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:49 MYT

Kuala Lumpur, 7 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, memohon kebenaran kali kedua daripada Mahkamah Tinggi supaya blogger, Papagomo dikenakan perintah komital dan seterusnya dipenjara kerana menghina mahkamah.

Ia susulan Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, gagal mematuhi perintah mahkamah menghendaki beliau menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat kepada Tan Sri Razarudin dan mahkamah di platform YouTube, Tiktok dan X sekurang-kurangnya selama tujuh hari dan memadamkan kenyataan pada 14 Januari lalu serta imejnya yang disunting pada 15 Januari lalu.

Tan Sri Razarudin berkata, permohonan maaf yang dibuat Papagomo pada 30 April lalu di mahkamah terbuka adalah tidak ikhlas dan tanpa penyesalan meskipun ia dibuat tanpa syarat.

Tan Sri Razarudin memfailkan permohonan kebenaran berkenaan pada 5 Mei lalu secara ex-parte (sebelah pihak) melalui firma guaman Tetuan K.B. Tan, Kumar & Partners kerana Papagomo melanggar kedua-perintah berkenaan.

Dalam permohonan kebenaran itu, Tan Sri Razarudin berkata, pada 1 Mei lalu jam lebih kurang 8.30 malam, Papagomo dengan sengaja menerbitkan dan menyebabkan penerbitan satu video dalam talian menerusi platfom sosial media di aplikasi Tiktok (Papa Azri) dan Youtube (Sir Azri).

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,  https://www.bharian.com.my/.../razarudin-mohon-perintah...

Sumber: Berita Harian

Update Artikel Pilihan Kpn Mohon Perintah Komital Kedua Sifatkan Permohonan Maaf Papagomo Tidak Ikhlas


ArticlePublished 06 May 2025 12.06 PMUpdated 15 Aug 2026 8.03 PM