Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Polis Tembak Mati Tiga Individu Terlibat Sindiket Curi Kenderaan

Diterbitkan: 06 May 2025 11.43 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.03 PM
Alor Setar, 6 Mei 2025 - Polis menembak mati tiga individu yang dipercayai terlibat dengan sindiket curi kenderaan pacuan empat roda (4x4) dalam satu serbuan di sebuah rumah inap di Taman Sejahtera, Sik pada 1 Mei lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-tembak-mati-tiga-individu-terlibat-sindiket-curi-kenderaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:21 MYT

Alor Setar, 6 Mei 2025 - Polis menembak mati tiga individu yang dipercayai terlibat dengan sindiket curi kenderaan pacuan empat roda (4x4) dalam satu serbuan di sebuah rumah inap di Taman Sejahtera, Sik pada 1 Mei lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, serbuan pada 2.30 pagi itu hasil risikan berkait sindiket curi kenderaan di Melaka, Selangor, Pahang dan Perak yang diseludup keluar ke sempadan negara.

"Semasa serbuan, tiga suspek yang berusia antara 35 dan 37 tahun itu telah melepaskan beberapa das tembakan serta menyerang pasukan polis menggunakan parang. Bagi mempertahankan keselamatan, polis telah membalas tembakan dan menyebabkan tiga suspek yang mengalami kecederaan parah maut.

"Hasil pemeriksaan lanjut polis menjumpai dua pucuk pistol, beberapa kelongsong peluru dan sebilah parang yang digunakan suspek. Semakan turut mendapati ketiga-tiga suspek yang beralamat di Negeri Sembilan itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk kes curi kenderaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut,  https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Polis Kedah dan BERNAMA

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of text

May be an image of blueprint and text

May be an image of text that says '74CM BERHULU WARNA HITAM MENYERANG PASUKAN POLIS. YANG DIGUNAKAN UNTUK SEMAKAN KE ATAS BUTIRAN DIRI KESEMUA SASPEK MENDA

May be an image of text

May be an image of ticket stub and text


ArtikelDiterbitkan 06 May 2025 11.43 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.03 PM