Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Kertas Siasatan Kes Pemerasan Rm1 25 Juta Diserah Kepada Agc Esok

Published: 08 May 2024 12.15 PM Updated: 15 Aug 2026 8.14 PM
Kuala Lumpur, 8 Mei 2024 - Kertas siasatan kes pemerasan wang RM1.25 juta membabitkan lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia sudah lengkap dan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC), esok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-kertas-siasatan-kes-pemerasan-rm1-25-juta-diserah-kepada-agc-esok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:21 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mei 2024 - Kertas siasatan kes pemerasan wang RM1.25 juta membabitkan lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia sudah lengkap dan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC), esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, maklumat lanjut berkaitan perkembangan siasatan kes ini akan diberikan selepas tamat tempoh reman.

"Reman dua lagi suspek akan tamat esok dan selepas itu kertas siasatan akan dihantar ke AGC.

"Kenyataan lanjut berkaitan kes ini akan diberikan sama ada oleh saya sendiri atau Ketua Polis Negara (IG Tan Sri Razarudin Husain) pada esok atau lusa," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kes-peras-rm125-juta...

Sumber: Berita Harian Online

May be an image of 3 people, dais and text that says 'BUKIT AMAN ド菌 பம் PG POLIS SCOOP BUKITAMAN UKI AN'

May be an image of ‎2 people, dais and ‎text that says '‎م SCOOP‎'‎‎

May be an image of 3 people, dais and text
ArticlePublished 08 May 2024 12.15 PMUpdated 15 Aug 2026 8.14 PM