Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Kematian Koperal K Mahadir Elis Terbela Dengan Tumpasnya Geng Mat Nen

Published: 14 Jan 2021 9.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sungai Petani, 14 Januari 2021 - Polis berjaya menyelesaikan tujuh kes samun membabitkan kerugian RM160,000 selepas penahanan enam lelaki dikenali sebagai Geng Mat Nen.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-kematian-koperal-k-mahadir-elis-terbela-dengan-tumpasnya-geng-mat-nen
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:18 MYT
[UPDATE] ARTIKEL PILIHAN: KEMATIAN KOPERAL K. MAHADIR ELIS TERBELA DENGAN TUMPASNYA GENG MAT NEN

Sungai Petani, 14 Januari 2021 - Polis berjaya menyelesaikan tujuh kes samun membabitkan kerugian RM160,000 selepas penahanan enam lelaki dikenali sebagai Geng Mat Nen.

Ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Mat Nen berjaya ditahan susulan kejadian Koperal K. Mahadir Elis, 38, yang meninggal dunia akibat dilanggar sebuah motosikal ketika mengejarnya di Padang Temusu, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Tuan Adzli Abu Shah berkata, dengan tertangkapnya suspek yang dikenali sebagai Mat Nen, 24, di Tikam Batu pada 10 Januari lalu, membolehkan polis menyelesaikan kes jenayah yang dilakukan kumpulan terbabit.

Beliau berkata, antara kes dilakukan mereka termasuklah pecah rumah, pecah kedai mencuci kereta serta terbabit mencuri kenderaan di Kuala Muda, Kubang Pasu dan Seberang Perai Utara.

"Tiga suspek ditahan pada 8 Januari lalu jam 3.45 pagi oleh pasukan Task Force Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda susulan kes pecah rumah yang dilaporkan di Kampung Telok, di sini pada 24 Disember lalu.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 1 person, closeup
ArticlePublished 14 Jan 2021 9.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM