
Artikel
Update Artikel Pilihan Cium Bibir Kanak Kanak Pengasas Produk Kecantikan Ditahan
Kuala Lumpur, 17 Februari 2021 - Polis menahan seorang pengasas produk kecantikan di ibu negara petang semalam, berhubung dakwaan lelaki itu mencium bibir seor...
Kuala Lumpur, 17 Februari 2021 - Polis menahan seorang pengasas produk kecantikan di ibu negara petang semalam, berhubung dakwaan lelaki itu mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki yang tular di media sosial.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), ACP Puan Siti Kamsiah Hassan, berkata lelaki berkenaan masih berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.
"Kita buka kertas siasatan selepas terima satu laporan daripada orang awam berkaitan isu itu. Lelaki berkenaan ditahan semalam dan polis dalam proses untuk rakam keterangannya untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya pada Berita Harian, hari ini.
Sebelum ini, tersebar video seorang lelaki mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.
Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya yang kini sudah dinyahaktif.
Sumber:
Berita Harian Online