Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Bapa Didakwa Cuai Dedah Anak Kepada Kecederaan Fizikal

Published: 07 Aug 2024 8.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sepang, 7 Ogos 2024 - Seorang penjual karpet didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan dan bertindak secara cuai yang mungkin mendedahkan anak lelakinya berusia 12 tahun kepada kecederaan fizikal, bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-bapa-didakwa-cuai-dedah-anak-kepada-kecederaan-fizikal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:51 MYT
Sepang, 7 Ogos 2024 - Seorang penjual karpet didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan dan bertindak secara cuai yang mungkin mendedahkan anak lelakinya berusia 12 tahun kepada kecederaan fizikal, bulan lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan bapa lima anak berusia 53 tahun itu dengan cara gagal mengawasi anaknya itu sehingga kanak-kanak terbabit memandu kenderaan.

Bagaimanapun, warga Pakistan yang juga pemegang kad pemastautin tetap itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, Tuan Ahmad Fuad Othman.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah taman perumahan di Taman Putra Impiana, Puchong, dekat sini pada 7.30 petang, 28 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahin Sasaruddin menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dilarang mendekati saksi pendakwaan dan melapor diri di balai polis setiap bulan.

Bagaimanapun, Peguam, Nabilla Rosli yang mewakili tertuduh membantah jaminan tinggi dikenakan berikutan anak guamnya penanggung tunggal keluarga.

Tuan Ahmad Fuad menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan serta 4 September ini untuk sebutan kes.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../budak-12-tahun-pandu...

ArticlePublished 07 Aug 2024 8.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM