Article
Update Artikel Pilihan Anak Sulung Abuya Tunjuk Lokasi Kurungan Gisbh Di Batu Hampar Hari Ini Kpn
Sumber: Berita Harian
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2024 - Ummu Atiyah, anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad, akan menunjukkan lokasi dia didakwa dikurung kira-kira sebulan di sebuah perkampungan GISB Holding (GISBH) di Batu Hampar, Perak, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, ketika dihubungi Berita Harian.
Terdahulu, Ummu Atiyah mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan serta 'dirogol' oleh seorang pemimpin GISBH.
Pada sidang media di ibu negara itu, wanita berusia 41 tahun itu mendakwa dia menjadi mangsa rogol kepada seorang pemimpin GISBH yang ingin menikahinya secara paksa.
Sumber: Berita Harian
