Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Anak Pemimpin Utama Gisbh Antara Lima Ditahan Di Bukit Kayu Hitam

Published: 19 Sep 2024 3.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata kejayaan menahan individu dan merampas dua kenderaan rekreasi yang mempunyai lambang GISBH dengan nombor pendaftaran X31337 dan X37313 di bandar sempadan Malaysia-Thailand itu adalah hasil siasatan Unit Risikan Sempadan Zon Utara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-anak-pemimpin-utama-gisbh-antara-lima-ditahan-di-bukit-kayu-hitam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:01 MYT
Kuala Lumpur, 19 September 2024 - Polis menahan lima lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) dan merampas dua kenderaan rekreasi (“motorhome”) yang mempunyai lambang syarikat itu di Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand, kira-kira jam 6 petang, semalam.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata kejayaan menahan individu dan merampas dua kenderaan rekreasi yang mempunyai lambang GISBH dengan nombor pendaftaran X31337 dan X37313 di bandar sempadan Malaysia-Thailand itu adalah hasil siasatan Unit Risikan Sempadan Zon Utara.

"Hasil pemerhatian mendapati kenderaan tersebut bergerak ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.

"Tindakan pemeriksaan telah dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dan telah berjaya menahan kenderaan itu serta sebuah kereta Myvi bersama lima lelaki berusia 28 hingga 41 tahun terbabit.

"Soal siasat awal dan proses dokumentasi masih dijalankan. Tangkapan dan rampasan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../anak-pemimpin-utama-gisbh...?

Sumber: Berita Harian

Update Artikel Pilihan Anak Pemimpin Utama Gisbh Antara Lima Ditahan Di Bukit Kayu Hitam
ArticlePublished 19 Sep 2024 3.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM