
Update Al Fatihah Koperal Azmi Meninggal Dunia
Seberang Perai, 26 Januari 2021 – Anggota polis yang mengalami penyakit kanser rahang, Koperal Azmi Kamarudin meninggal dunia hari ini.
Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Tuan Noorzainy Mohd Noor yang memaklumkan Koperal Azmi menghembuskan nafas terakhir pukul 12.18 tengah hari tadi di rumahnya di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas di sini.
Menurutnya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Berpusat Masjid Abdullah Fahim, Permatang Langsat, Kepala Batas, Pulau Pinang selepas solat Asar.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dan mendoakan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.kosmo.com.my/…/01/26/koperal-azmi-meninggal-du…/
Sumber: Kosmo Online