Unit Pemusnah Bom Berjaya Letupkan Bom Lama
George
Town, 3 Julai - Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) hari ini berjaya
memusnahkan sebutir bom udara jenis Arial yang dijumpai di sebuah tapak
pembinaan, Jalan Barnett di sini semalam.
Ketua
Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata bom sepanjang 86sm
dengan garis pusat 70sm itu diletupkan pada pukul 11 pagi ini di lokasi
sama ia dijumpai.
Bom
yang dijumpai pekerja tapak binaan ketika sedang mengorek tanah pada
pukul 11.45 pagi semalam itu dipercayai digugurkan dari kapal terbang
pada zaman Jepun semasa Perang Dunia ke-2.
Katanya
bom itu diletupkan dengan menggunakan bahan letupan yang ditanam
bersama bom itu dan hanya mengakibatkan letupan kecil. Lalu-lintas di
Jalan Bernett yang ditutup sejak semalam kini dibuka semula kepada
laluan awam.
Sumber : BERNAMA