Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Unit Pemusnah Bom Berjaya Letupkan Bom Lama

Published: 17 Jun 2014 6.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata bom sepanjang 86sm dengan garis pusat 70sm itu diletupkan pada pukul 11 pagi ini di lokasi sama ia dijumpai...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/unit-pemusnah-bom-berjaya-letupkan-bom-lama
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:02 MYT

George Town, 3 Julai - Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) hari ini berjaya memusnahkan sebutir bom udara jenis Arial yang dijumpai di sebuah tapak pembinaan, Jalan Barnett di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata bom sepanjang 86sm dengan garis pusat 70sm itu diletupkan pada pukul 11 pagi ini di lokasi sama ia dijumpai.

Bom yang dijumpai pekerja tapak binaan ketika sedang mengorek tanah pada pukul 11.45 pagi semalam itu dipercayai digugurkan dari kapal terbang pada zaman Jepun semasa Perang Dunia ke-2.

Katanya bom itu diletupkan dengan menggunakan bahan letupan yang ditanam bersama bom itu dan hanya mengakibatkan letupan kecil. Lalu-lintas di Jalan Bernett yang ditutup sejak semalam kini dibuka semula kepada laluan awam.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM