Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ulangtahun Utk Ke 42 Uji Ketahanan Fizikal Dan Mental

Published: 01 Jan 2017 7.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Menginjak ke usia 42 tahun sejarah penubuhannya, Unit Tindakhas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan acara Marathon dan Senamrobik sempena ulangtahun Pasukan Gerakan Khas PDRM tersebut bertempat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ulangtahun-utk-ke-42-uji-ketahanan-fizikal-dan-mental
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:18 MYT

 
Kuala Lumpur, 1 Januari 2017- Menginjak ke usia 42 tahun sejarah penubuhannya, Unit Tindakhas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan acara Marathon dan Senamrobik sempena ulangtahun Pasukan Gerakan Khas PDRM tersebut bertempat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Aktviti yang sinonim dengan pasukan tersebut juga merupakan acara wajib tahunan UTK bagi menguji tahap ketahanan fizikal dan mental bagi mengekalkan stamina operatif UTK selaras dengan jolokan unit tersebut “Tangkas Banteras Ganas”.

Acara tersebut melibatkan penyertaan lebih kurang seramai 100 orang pegawai kanan dan anggota mengikut pecahan kategori berpasukan, Individu bawah 39 tahun dan individu atas 40 tahun.

Larian marathon dengan jarak 16 kilometer tersebut bermula dari perkarangan Ibu Pejabat Unit Tindakhas Bukit Aman melalui Menara 2 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pintu A Bukit Aman, sekitar Taman Botani Perdana, Carcosa, Masjid Negara dan Pintu B Bukit Aman sebelum berakhir semula di perkarangan Ibu Pejabat Unit Tindakhas.

Selesai larian marathon acara diteruskan dengan sesi senamrobik oleh ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) UTK.

Hadir sama dalam acara Marathon dan Senamrobik tersebut, Komander Unit Tindakhas PDRM, Dato’ Hazani Ghazali, barisan pegawai kanan, anggota dan ahli keluarga UTK PDRM.


Ulangtahun Utk Ke 42 Uji Ketahanan Fizikal Dan MentalPeserta marathon dilepaskan dari Ibu Pejabat UTK, Bukit Aman oleh Komander Unit Tindakhas PDRM, Dato’ Hazani Ghazali


Ulangtahun Utk Ke 42 Uji Ketahanan Fizikal Dan MentalSekitar acara Marathon Ulangtahun UTK Ke-42



Ulangtahun Utk Ke 42 Uji Ketahanan Fizikal Dan Mental
Sekitar acara Marathon Ulangtahun UTK Ke-42


Ulangtahun Utk Ke 42 Uji Ketahanan Fizikal Dan Mental
Sekitar acara Senamrobik Ulangtahun UTK Ke-42 


Ulangtahun Utk Ke 42 Uji Ketahanan Fizikal Dan Mental
Sekitar acara Senamrobik Ulangtahun UTK Ke-42 


Ulangtahun Utk Ke 42 Uji Ketahanan Fizikal Dan MentalKomander Unit Tindakhas PDRM, Dato’ Hazani Ghazal menyampaikan hadiah kepada pemenang acara marathon mengikut setiap kategori


Ulangtahun Utk Ke 42 Uji Ketahanan Fizikal Dan Mental
PERKEP UTK bergambar kenangan


Ulangtahun Utk Ke 42 Uji Ketahanan Fizikal Dan Mental
Bergambar kenangan

ArticlePublished 01 Jan 2017 7.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM