Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ulang Tahun Psp Ke 61 Cabaran Dalam Dunia Kepolisan Moden

Diterbitkan: 07 Dec 2016 1.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Cheras, 5 Disember 2016 – Seiring dengan kepesatan dan kecanggihan teknologi semasa, peranan dan tanggungjawab Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memenuhi tuntutan kepolisan moden menjadi semakin kompleks dan mencabar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ulang-tahun-psp-ke-61-cabaran-dalam-dunia-kepolisan-moden
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:58 MYT
Cheras, 5 Disember 2016 – Seiring dengan kepesatan dan kecanggihan teknologi semasa, peranan dan tanggungjawab Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memenuhi tuntutan kepolisan moden menjadi semakin kompleks dan mencabar.

Justeru itu, PSP telah mengukuhkan strategi pembangunannya kearah penambahbaikan dari aspek teknologi persenjataan dan penggunaan ‘Non Lethal Weapons’, serta memperkemaskan lagi taktik dan teknik dalam menangani situasi ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dalam ucapannya pada hari ini berkata, kewujudan PSP sebagai salah satu elemen yang penting dalam PDRM bagi memastikan kesempurnaan tugas-tugas kepolisan sememangnya tidak dapat dipertikaikan kerana kematangan usia dan kejayaan PSP adalah sesuatu yang amat membanggakan dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Berucap sempena Sambutan Hari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Ke-61 di Pangkalan Unit 1 & 4 PSP Cheras, hari ini, beliau turut menjelaskan PSP berjaya meningkatkan kewibawaannya dalam mempelbagaikan tugas dan peranan yang direalisasikan melalui Unit Medical Oderly (MO), Unit Berkuda Bandaraya Melaka, serta kewujudan Unit Risik di dalam PSP sendiri. Selain daripada itu, PSP juga turut dikerahkan dalam membantu kontinjen-kontinjen luar terutamanya di bandar-bandar besar dan strategik seperti Johor, Negeri Semilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang dalam menangani jenayah sekaligus menyumbang kepada penurunan kadar indeks jenayah di kawasan tumpuan orang ramai.

“Jelas sekali, perkembangan tersebut dapat memartabatkan lagi peranan PSP, agar sentiasa relevan dan unggul dalam menjalankan tugas-tugas kepolisannya selari dengan kehendak semasa,” ujar beliau.

Majlis pada pagi tadi turut menyaksikan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada warga PSP dan sambutan Ulang Tahun PSP ke-61 ini akan diteruskan dalam majlis makan malam di sebelah malamnya.

Turut hadir pada majlis pagi tadi adalah antara barisan-barisan Pengarah serta Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Komander PSP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Upacara Sambutan Ulang Tahun PSP PDRM Kali Ke-61, SAC Wan Abdullah Ishak, bekas-bekas komander dan pesara-pesara PDRM serta wakil-wakil media.


_MG_7343
Kawalan Kehormatan memberi hormat panglima kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

_MG_7285
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim memberi tabik hormat.

_MG_7460
Gimik pelancaran.

_MG_7421
Sekitar majlis.

_MG_7405
Antara yang hadir.

_MG_7595
Antara persembahan.

_MG_7532
Antara persembahan.

_MG_7224
Antara persembahan.

_MG_7894
Antara persembahan.
ArtikelDiterbitkan 07 Dec 2016 1.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM