Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ujian Kemahiran Menembak Tahunan Jabatan Pengurusan

Diterbitkan: 05 Jul 2018 3.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ujian Kemahiran Menembak Tahunan Tahun 2018 Jabatan Pengurusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman telah diadakan di Lapang Sasar, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), dekat sini, pagi tadi. Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab dalam ucapannya sebentar tadi menjelaskan pentingnya ujian kemahiran menembak seumpama ini untuk mengasah kembali penguasaan warga PDRM mengendalikan senjata api ketika berhadapan dengan situasi yang mendesak kelak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ujian-kemahiran-menembak-tahunan-jabatan-pengurusan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:47 MYT

Cheras, 5 Julai 2018 – Ujian Kemahiran Menembak Tahunan Tahun 2018 Jabatan Pengurusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman telah diadakan di Lapang Sasar, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), dekat sini, pagi tadi.

Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab dalam ucapannya sebentar tadi menjelaskan pentingnya ujian kemahiran menembak seumpama ini untuk mengasah kembali penguasaan warga PDRM mengendalikan senjata api ketika berhadapan dengan situasi yang mendesak kelak.

Tambah beliau, aktiviti seumpama ini juga penting kerana kecekapan dalam mengendalikan senjata api juga dapat mencerminkan PDRM sebagai agensi penguatkuasa utama dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di negara ini.

Ujian kemahiran menembak yang bermula seawal jam 8.30 pagi tadi telah melibatkan beberapa kategori kemahiran antaranya kategori tembak 'Centre Fire', tembak operasi dan 'Falling Plate'.

Aktiviti tadi turut diserikan dengan penglibatan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan yang diketuai oleh pengerusinya, Datin Sri Noorfajariah Abd Manan dan pemimpin tertinggi PERKEP Jabatan Pengurusan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Dato’ Narenasegaran Tangaveloo, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Dato’ Zaini Jass, Komander Briged Tengah PGA, SAC Abdul Ghani Mohamad Ji, serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

bergambar kenangan
Bergambar kenangan.

gimik pelancaran
Gimik pelancaran Ujian Kemahiran Menembak Tahunan Tahun 2018 Jabatan Pengurusan yang disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab.

pp menembak
Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab turut serta dalam Ujian Kemahiran Menembak Tahunan Tahun 2018 Jabatan Pengurusan.

datin sri menembak
Datin Sri Noorfajariah Abd Manan turut serta dalam Ujian Kemahiran Menembak Tahunan Tahun 2018 Jabatan Pengurusan.

bergambar kenangan1
Sekitar Ujian Kemahiran Menembak Tahunan Tahun 2018 Jabatan Pengurusan berlangsung di Lapang Sasar, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).

bergambar kenangan perkep
Sekitar Ujian Kemahiran Menembak Tahunan Tahun 2018 Jabatan Pengurusan berlangsung di Lapang Sasar, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).

sekitar 1

sekitar 3

pp menembak 1

sekitar 4

sekitar 5

sekitar 6

dato' nare menembak
Sekitar Ujian Kemahiran Menembak Tahunan Tahun 2018 Jabatan Pengurusan berlangsung di Lapang Sasar, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).

dato lim

sekitar 8

bergambar kenangan 2
Bergambar kenangan..

ArtikelDiterbitkan 05 Jul 2018 3.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM