Ujian Kemahiran Menembak Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis
Cheras, Kuala Lumpur - 7 April 2007. Ujian Kemahiran Menembak Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis telah diadakan di Kompleks Lapang Sasar, Briged Tengah PGA, Cheras.
Hadir di majlis tersebut ialah YB Dato' Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Mohd Najib Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai kanan dan dif-dif jemputan.
Acara-acara yang dipertandingkan ialah acara tembak pistol/revolver individu dan acara tembak jatuh piring besi.
