Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ujian Kemahiran Menembak Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun

Published: 09 Jun 2014 8.10 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
Hadir di majlis tersebut ialah YB Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan Datin Seri Sharifah Aziah bte Syed Zainal Abidin,..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ujian-kemahiran-menembak-sempena-peringatan-hari-polis-ke-201-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:05 MYT

Briged Tengah Cheras - 3 Mei 2008. Ujian Kemahiran Menembak Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun telah diadakan di Kompleks Lapang Sasar, Briged Tengah PGA, Cheras.

Hadir di majlis tersebut ialah YB Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan Datin Seri Sharifah Aziah bte Syed Zainal Abidin, YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Puan Sri Juriah bte Dato' Ahmad, YDH Dato' Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Datin Suriati bte Md. Sobri, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Y.A.A Tan Sri Dato' Zaki bin Tun Azmi, Presiden Mahkamah Rayuan, Lt. Jen. Dato' Pahlawan Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin, Angkatan Tentera Malaysia, Y.Bhg. Dato' Mohamed Asri bin Yusof, Timb. Ketua Pengarah Rela, Y.Bhg. Dato' Zakaria bin Jaafar, Badan Pencegah Rasuah, Encil Tan Ah Yong, wakil Ketua Pengarah Penjara, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dan tetamu jemputan.

Acara Ujian Kemahiran Menembak dibahagikan kepada dua kategori iaitu Perseorangan Centre Fire dan juga Berpasukan Jatuh Piring Besi. Dalam acara  Perseorangan Centre Fire Pistol (lelaki) , Johan telah diungguli oleh Y.M Tengku Amir Zaki bin Tengku Abdul Rahman dari SUB Undang-Undang KDN, Naib Johan ialah YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah JSJ Komersil dan tempat Ketiga ialah SAC II Aidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Pengangkutan). Bagi acara  Perseorangan Centre Fire Pistol (wanita), Johan disandang oleh YDH SAC I Puan Zaleha binti Abdul Rahman, Timb. Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Naib Johan ialah Puan Latifah bte Abd Rahman, isteri Komander Briged Tengah dan Ketiga ialah YDH DCP Dato' Nooryah bte Md. Anvar, Timb. Pengarah 1 JSJ Komersil.

Bagi acara Berpasukan Jatuh Piring Besi pula, Johan ialah Pasukan Ketua Polis Negara yang diketuai oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Y.M Tengku Amir Zaki bin Tengku Abdul Rahman, YDH DCP Dato' Mohd Noh bin Kandah, Timb. Pengarah JSJ Narkotik, dan YDH SAC II Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA. Naib Johan pula ialah Pasukan Pengarah JSJ Narkotik yang diketuai oleh YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, YDH SAC I Dato' Abdul Samah bin Mat, YDH SAC I Dato' Jamaludin bin Khalid dan DSP Syed Zainal bin Syed Zain.

Ujian Kemahiran Menembak Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
Tetamu jemputan...dari kanan, YB Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri bersama Y.A.A Tan Sri Dato' Zaki bin Tun Azmi, Presiden Mahkamah Rayuan dan YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara
Ujian Kemahiran Menembak Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
Perseorangan Centre Fire Pistol (lelaki) , Johan telah diungguli oleh Y.M Tengku Amir Zaki bin Tengku Abdul Rahman dari SUB Undang-Undang KDN
Ujian Kemahiran Menembak Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
 Tepat...Acara  Perseorangan Centre Fire Pistol (wanita), Johan disandang oleh YDH SAC I Puan Zaleha binti Abdul Rahman, Timb. Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), dengan mengumpul 138 mata
Ujian Kemahiran Menembak Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
Pasukan Timbalan Ketua Polis Negara dalam acara Berpasukan Jatuh Piring Besi
Ujian Kemahiran Menembak Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
Johan Berpasukan Jatuh Piring Besi, Pasukan Ketua Polis Negara
Ujian Kemahiran Menembak Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
Naib Johan Berpasukan Jatuh Piring Besi, Pasukan Pengarah JSJ Narkotik

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.10 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM