Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ujian Kemahiran Menembak Pistol Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kewujudan aktiviti seperti ini seharusnya dipuji kerana ini adalah di antara platform yang mampu menambahbaik jalinan kerjasama antara jabatan-jabatan awam dan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ujian-kemahiran-menembak-pistol-sempena-peringatan-hari-polis-ke-204
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 21:17 MYT
Cheras , 28 April 2011 - Ujian Kemahiran Menembak Pistol Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 anjuran Batalion Khas KLIA telah diadakan di Lapang Sasar IPSC Briged Tengah PGA Cheras pada hari ini.

 

Ujian ini mempertandingkan kemahiran menembak 19 pasukan daripada Briged Tengah PGA, Batalion 4 PGA, Batalion 5 PGA, Batalion 6 PGA, Batalion 19 PGA, Batalion Khas PGA KLIA, Malaysia Airport Berhad (MAB), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) KLIA, Jabatan Imigresen Malaysia, Kastam Eksais DiRaja Malaysia, Malaysia Airline System (MAS), Air Asia Berhad, Airport Fire Resque Service, Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Maktab PDRM KL, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), IPD Kajang, IPD Cheras dan IPD Sepang.

 

Pasukan-pasukan yang menyertai ujian menembak ini adalah daripada jabatan-jabatan awam dan syarikat-syarikat swasta yang sama-sama beroperasi dengan Batalion Khas PGA KLIA di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Terminal Tambang Murah LCCT dan sekitar Sepang.

 

Kewujudan aktiviti seperti ini seharusnya dipuji kerana ini adalah antara platform yang mampu menambahbaik jalinan kerjasama antara jabatan-jabatan awam dan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi di pintu masuk utama negara ini dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

 

Aktiviti-aktiviti ini juga penting dalam peningkatan pengetahuan dan mutu kerja mereka dalam pengendalian senjata - anggota polis khususnya, di mana urusan melibatkan senjata api merupakan sesuatu yang lazim dalam bidang tugas mereka.Ini juga bagi menyahut konsep 4P yang disarankan oleh pucuk pimpinan tertinggi PDRM dalam mempamerkan kualiti integriti berpasukan dan keutamaan kepada masyarakat.

 

Dalam pada itu, ujian menembak pada hari ini terdiri daripada dua kategori; Tembak Center Fire (Individu & Berpasukan) dan Tembak Jatuh Piring Besi dengan menggunakan senjata jenis Walther P99 dan menyaksikan penganjur, Batalion Khas PGA KLIA mendominasi keputusan pertandingan.


Acara Tembak Center Fire Individu

 

Pasukan Bertanding Keputusan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johan
IPD Cheras Naib Johan
Batalion Khas PGA KLIA Ketiga

Acara Tembak Center Fire Berpasukan
 
Pasukan Bertanding Keputusan
Kastam Eksais DiRaja Malaysia Johan
Batalion Khas PGA KLIA Naib Johan
Maktab PDRM KL Ketiga

Acara Tembak Jatuh Piring Besi

Pasukan Bertanding Keputusan
Batalion Khas PGA Klia Johan
Batalion 19 PGA Naib Johan
Batalion 4 PGA Ketiga

Terdahulu, aktiviti pada hari ini dirasmikan oleh YDH ACP Mohd Rodzi bin Ismail, Pemangku Komander Briged Tengah PGA dan turut dihadiri Pegawai-pegawai Pemerintah dan Pegawai-pegawai Kanan dari Batalion Khas PGA KLIA, Batalion 19 PGA, Batalion 4 PGA, Batalion 5 PGA, Batalion 6 PGA, Pasukan Simpanan Pesekutuan (FRU) dan tetamu-tetamu jemputan.

Ujian Kemahiran Menembak Pistol Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Ujian Kemahiran Menembak Pistol Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Ujian Kemahiran Menembak Pistol Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Ujian Kemahiran Menembak Pistol Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Ujian Kemahiran Menembak Pistol Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Ujian Kemahiran Menembak Pistol Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Ujian Kemahiran Menembak Pistol Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Ujian Kemahiran Menembak Pistol Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Ujian Kemahiran Menembak Pistol Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Wartawan : Konts. Irfan bin Bujang
Penyunting : F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM