Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Uji Kecekapan Menembak Kali Ketiga Kpn Bersama Barisan Kepimpinan Pdrm Berentap Di Lapang Sasar Briged Tengah Pga

Published: 03 Nov 2023 1.18 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 3 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berentap dalam uji kecekapan menembak buat kali ketiga di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/uji-kecekapan-menembak-kali-ketiga-kpn-bersama-barisan-kepimpinan-pdrm-berentap-di-lapang-sasar-briged-tengah-pga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:28 MYT
Kuala Lumpur, 3 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berentap dalam uji kecekapan menembak buat kali ketiga di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Komander Unit Tindakhas (UTK) selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, SAC Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi bersama Timbalan Komander Briged Tengah, PGA, ACP Chew Tham Soon.

Dua acara telah dijalankan pada ujian kali ini iaitu acara “Centre Fire Shooting” bagi kategori individu dan “Falling Plate Shooting” (berpasukan).

Tan Sri Razarudin bersama pasukannya yang terdiri daripada Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Komander UTK, SAC Dato’ Mohamad Suzrin dan Ketua Penolong Pengarah (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Fadil Marsus masih mempertahankan kedudukan pertama dalam kategori “Falling Plate Shooting” berpasukan.

Terdahulu, taklimat keselamatan telah disampaikan oleh pegawai lapang sasar, Inspektor Unit Selam Tempur, UTK, Inspektor Ng Han Ting Aaron.

Turut hadir, barisan Pengarah PDRM dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

Mungkin imej 1 orang dan teks

Mungkin imej 1 orang, menembak skeet dan teks

Mungkin imej 5 orang dan teks

Mungkin imej 11 orang, orang menembak sket dan teks

Mungkin imej 7 orang dan pembesar suara

Mungkin imej 3 orang, orang menembak sket dan teks

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 11 orang dan teks yang berkata 'BÀY 3 BLADE BL'

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks


ArticlePublished 03 Nov 2023 1.18 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM