
Artikel
Biarjasajadikenangan Polisdanmasyarakatberpisahtiada Pic Of The Day Tan Sri Razarudin Bantu Mangsa Kemalangan Jalan Raya
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Salak Expressway berhampiran Taman Connoug...
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Salak Expressway berhampiran Taman Connought ketika beliau dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras petang tadi.
Selain daripada bantuan diberikan, beliau turut memberikan sedikit sumbangan kepada mangsa untuk mendapatkan rawatan lanjut dan mengarahkan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik untuk memberikan bantuan sewajarnya di lokasi kemalangan.
Kepimpinan melalui teladan yang ditonjolkan oleh Tan Sri Razarudin wajar menjadi contoh buat semua warga Pasukan dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.