
Artikel
Uji Kecekapan Menembak Kali Ketiga Kpn Bersama Barisan Kepimpinan Pdrm Berentap Di Lapang Sasar Briged Tengah Pga
Kuala Lumpur, 3 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berentap...
Kuala Lumpur, 3 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berentap dalam uji kecekapan menembak buat kali ketiga di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini.
Dua acara telah dijalankan pada ujian kali ini iaitu acara “Centre Fire Shooting” bagi kategori individu dan “Falling Plate Shooting” (berpasukan).
Tan Sri Razarudin bersama pasukannya yang terdiri daripada Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Komander UTK, SAC Dato’ Mohamad Suzrin dan Ketua Penolong Pengarah (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Fadil Marsus masih mempertahankan kedudukan pertama dalam kategori “Falling Plate Shooting” berpasukan.
Terdahulu, taklimat keselamatan telah disampaikan oleh pegawai lapang sasar, Inspektor Unit Selam Tempur, UTK, Inspektor Ng Han Ting Aaron.
Turut hadir, barisan Pengarah PDRM dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.









