Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ubahsuai Motosikal Diberi Tempoh Dua Minggu Kembali Kepada Bentuk Asal

Published: 16 Jan 2015 6.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Aman, 16 Jan – Semua pemilik dan penunggang motosikal yang telah mengubahsuai motosikal digesa untuk mengubah kembali kepada bentuk asal dalam tempoh dua minggu sebelum operasi khas motosikal secara besar-besaran diadakan pada 2 Februari nanti. Menurut Timbalan Ketua Trafik Pasukan, ACP Mahamad Akhir Darus, operasi berkenaan akan memfokuskan kepada pengubahsuaian dan pemasangan aksesori pada motosikal yang tida
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ubahsuai-motosikal-diberi-tempoh-dua-minggu-kembali-kepada-bentuk-asal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:14 MYT
Bukit Aman, 16 Jan – Semua pemilik dan penunggang motosikal yang telah mengubahsuai motosikal digesa untuk mengubah kembali kepada bentuk asal dalam tempoh dua minggu sebelum operasi khas motosikal secara besar-besaran diadakan pada 2 Februari nanti.

Menurut Timbalan Ketua Trafik Pasukan, ACP Mahamad Akhir Darus, operasi berkenaan akan memfokuskan kepada pengubahsuaian dan pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata pengubahsuaian yang dimaksudkan ialah seperti pengubahsuaian pada enjin, menukar blok enjin, kaburator, tayar nipis/kecil (tayar sotong), ekzos. 

"Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain dan juga menyebabkan kenderaan tidak selamat digunakan", ujar beliau lagi.

Operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan sehinggalah pihak polis berpuashati dengan keberkesanan operasi tersebut.

Ubahsuai Motosikal Diberi Tempoh Dua Minggu Kembali Kepada Bentuk Asal
Timbalan Ketua Trafik Pasukan, ACP Mahamad Akhir Darus.

Ubahsuai Motosikal Diberi Tempoh Dua Minggu Kembali Kepada Bentuk Asal
Sesi sidang media
ArticlePublished 16 Jan 2015 6.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM