Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ubah Suai Suv Isi Diesel

Diterbitkan: 18 Jun 2014 7.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
Pelabuhan Klang, 10 Jan - Hasrat seorang lelaki untuk menikmati hasil penyelewengan minyak diesel tidak kesampaian apabila dia ditahan oleh sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ubah-suai-suv-isi-diesel
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:35 MYT

Pelabuhan Klang, 10 Jan - Hasrat seorang lelaki untuk menikmati hasil penyelewengan minyak diesel tidak kesampaian apabila dia ditahan oleh sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang di Jalan Bukit Kemuning, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pelabuhan Klang, DSP Norzaid bin Muhammad Said berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan polis mendapati kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipandu suspek telah diubahsuai bagi tujuan penyeludupan minyak.

"Pemeriksaan pihak polis mendapati bahagian belakang kenderaan tersebut telah diubah suai menjadi tangki bagi membolehkan minyak disimpan dalam kuantiti yang besar.

"Kita juga berjaya mengesan 350 liter minyak yang disimpan di dalam tangki tersebut," katanya. Suspek bersama kenderaan tersebut telah ditahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk siasatan lanjut.

Ubah Suai Suv Isi Diesel


Sumber : HEA Cawangan Marin Pelabuhan Klang

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 7.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM