Pelabuhan
Klang, 10 Jan - Hasrat seorang lelaki untuk menikmati hasil
penyelewengan minyak diesel tidak kesampaian apabila dia ditahan oleh
sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang di Jalan
Bukit Kemuning, petang semalam.
Pegawai
Pemerintah Markas Operasi Pelabuhan Klang, DSP Norzaid bin Muhammad
Said berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan
polis mendapati kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipandu suspek
telah diubahsuai bagi tujuan penyeludupan minyak.
"Pemeriksaan
pihak polis mendapati bahagian belakang kenderaan tersebut telah diubah
suai menjadi tangki bagi membolehkan minyak disimpan dalam kuantiti
yang besar.
"Kita
juga berjaya mengesan 350 liter minyak yang disimpan di dalam tangki
tersebut," katanya. Suspek bersama kenderaan tersebut telah ditahan di
bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk siasatan lanjut.

Sumber : HEA Cawangan Marin Pelabuhan Klang
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Ubah Suai Suv Isi Diesel
Pelabuhan Klang, 10 Jan - Hasrat seorang lelaki untuk menikmati hasil penyelewengan minyak diesel tidak kesampaian apabila dia ditahan oleh sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ubah-suai-suv-isi-diesel
Scan to view the latest live version.