Tutup Kamera Litar Tertutup Cctv Dengan Surat Khabar Sebel
Tawau,
20 Okt - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas rokok seludup
pelbagai jenama bernilai RM205,506 termasuk cukai yang cuba diseludup
masuk melalui pantai di KM 4.8 Jalan Apas malam tadi.
Komander
PPM Sabah ACP Mohammad Madun berkata rokok berkenaan dirampas kira-kira
pukul 7 malam selepas ditinggalkan di kawasan pantai.
"Selepas
satu setengah jam membuat intipan, tiga anggota PPM melihat kelibat
beberapa individu muncul di tepi pantai dan cuba menaikkan bungkusan
plastik ke atas sebuah kenderaan.
"Namun
apabila menyedari kehadiran polis, individu berkenaan melarikan diri
bersama kenderaan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari
ini.
Mohammad
berkata pemeriksaan ke atas kandungan plastik tersebut membawa kepada
penemuan 12,250 bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup
masuk dari negara jiran.
Sumber : BERNAMA