Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tutup Kamera Litar Tertutup Cctv Dengan Surat Khabar Sebel

Published: 18 Jun 2014 2.48 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Tawau, 20 Okt - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM205,506 termasuk cukai yang cuba diseludup masuk melalui pantai di KM 4.8 Jalan Apas malam tad..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tutup-kamera-litar-tertutup-cctv-dengan-surat-khabar-sebel
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:16 MYT

Tawau, 20 Okt - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM205,506 termasuk cukai yang cuba diseludup masuk melalui pantai di KM 4.8 Jalan Apas malam tadi.

Komander PPM Sabah ACP Mohammad Madun berkata rokok berkenaan dirampas kira-kira pukul 7 malam selepas ditinggalkan di kawasan pantai.

"Selepas satu setengah jam membuat intipan, tiga anggota PPM melihat kelibat beberapa individu muncul di tepi pantai dan cuba menaikkan bungkusan plastik ke atas sebuah kenderaan.

"Namun apabila menyedari kehadiran polis, individu berkenaan melarikan diri bersama kenderaan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad berkata pemeriksaan ke atas kandungan plastik tersebut membawa kepada penemuan 12,250 bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.48 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM