
Tumpas Pelbagai Barang Bernilai Lebih Kurang Rm400 000
Tumpas Pelbagai barang Bernilai lebih kurang RM400,000
Sebelas
ditahan dalam lima tangkapan berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur
serta berjaya merampas pelbagai barang berharga yang bernilai lebih
kurang RM400,000.
DCP
Dato’ Hj. Tun Hisan b. Dato’ Hj. Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor
berkata, penahanan kesemua saspek iaitu lapan lelaki warga tempatan dan
tiga wanita warganegara asing berjaya membongkar 15 kes pecah rumah dan
curi kenderaan yang dilakukan sebelum ini iaitu sebelas di kawasan
pentadbiran IPD Serdang dan masing-masing satu di Pandan Indah,
Brickfield, Salak South dan Gombak. Kesemua suspek yang ditahan disiasat
di bawah Seksyen 395 / 457 Kanun Keseksaan.





