KUALA LUMPUR - Seorang tukang urut dicekup selepas dipercayai merogol dan mencabul dua wanita dalam satu kejadian di sebuah rumah di jalan Seladang dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, ketika sampai di rumah tukang urut tersebut, mangsa diarahkan untuk ke tandas dengan berkemban selepas selesai mengurut suami mangsa.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, saspek warga Indonesia berusia 56 tahun kemudian ditahan di rumahnya kira-kira jam 4 pagi, semalam.
Beliau berkata, suspek dipercayai sudah menjadi tukang urut sejak sembilan tahun lalu.
Suspek kini direman sehingga 26 Februari ini bagi membantu siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan 376 kanun yang sama.
Sumber: Sinar Harian
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Tukang Urut Durjana
Seorang tukang urut dicekup selepas dipercayai merogol dan mencabul dua wanita dalam satu kejadian di sebuah rumah di jalan Seladang dekat sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tukang-urut-durjana
Scan to view the latest live version.