Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tukang Masak Didakwa Membunuh Pelajar Uitm

Diterbitkan: 13 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Taiping, di sini semalam atas pertuduhan membunuh rakan wanitanya Nur Syuhada Johari yang meninggal dunia akibat dikelar pada leher di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang di sini pada 2 Februari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tukang-masak-didakwa-membunuh-pelajar-uitm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:07 MYT

Seorang tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Taiping, di sini semalam atas pertuduhan membunuh rakan wanitanya Nur Syuhada Johari yang meninggal dunia akibat dikelar pada leher di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang di sini pada 2 Februari lalu. 

Tertuduh, Syarafi Abu, 25, yang hadir tanpa ditemani ahli keluarganya membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan.

Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim dan Mohd, Amril Johari manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Datuk Naran Singh, Mohamed Zaini kemudian menetapkan lima hari mulai 7 Mac 2016 sebagai tarikh perbicaraan. Pihak pendakwaan dijangka memanggil 15 saksi sepanjang perbicaraan tersebut. 

Pada 3 Februari lalu, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang mati dikelar pemuda yang dipercayai sakit hati selepas cintanya tidak berbalas. Kejadian itu berlaku pada pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang dekat sini selepas mangsa dikatakan diculik dari kawasan kampusnya. Nur Syuhada disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar dekat sini selepas dua jam bertarung nyawa akibat kecederaan pada leher.

Sumber : Kosmo
Tukang Masak Didakwa Membunuh Pelajar Uitm

ArtikelDiterbitkan 13 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM