Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tujuh Penjenayah Pecah Rumah Ditangkap Polis

Diterbitkan: 13 Jun 2014 5.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tujuh penjenayah terpaksa berputih mata kerana mereka bukan sahaja gagal membawa pulang sebarang 'hasil' malah turut diberkas polis, ketika memecah masuk sebuah rumah awal pagi..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-penjenayah-pecah-rumah-ditangkap-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:49 MYT

KUALA LUMPUR 14 Mei 2010 - Tujuh penjenayah terpaksa berputih mata kerana mereka bukan sahaja gagal membawa pulang sebarang 'hasil' malah turut diberkas polis, ketika memecah masuk sebuah rumah awal pagi ini.

Mereka dikatakan bertempiaran lari termasuk empat daripadanya bersembunyi di dalam bilik air rumah itu sebaik sahaja menyedari kehadiran polis.

Ketika kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi, kumpulan penjenayah memasuk sebuah rumah di Taman Kinrara, Puchong dekat sini.

Belum sempat mereka memulakan operasi, bertindak dari maklumat orang ramai, pasukan peronda yang kebetulan berada di kawasan berhampiran bergegas ke tempat kejadian.

Menariknya, pemilik rumah tersebut, seorang mekanik sedang leka tidur tanpa menyedari rumahnya dimasuki penyamun sehingga terpaksa dikejutkan oleh salah seorang polis peronda itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya turut merampas lima bilah parang dan peralatan pecah rumah daripada tujuh lelaki tempatan itu.

"Selain empat daripada mereka bersembunyi dalam bilik air, tiga lagi berada di bahagian dapur rumah tersebut,"

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 5.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM