Tujuh Penjenayah Pecah Rumah Ditangkap Polis
KUALA LUMPUR 14 Mei 2010 - Tujuh penjenayah terpaksa berputih mata kerana mereka bukan sahaja gagal membawa pulang sebarang 'hasil' malah turut diberkas polis, ketika memecah masuk sebuah rumah awal pagi ini.
Mereka dikatakan bertempiaran lari termasuk empat daripadanya bersembunyi di dalam bilik air rumah itu sebaik sahaja menyedari kehadiran polis.
Ketika kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi, kumpulan penjenayah memasuk sebuah rumah di Taman Kinrara, Puchong dekat sini.
Belum sempat mereka memulakan operasi, bertindak dari maklumat orang ramai, pasukan peronda yang kebetulan berada di kawasan berhampiran bergegas ke tempat kejadian.
Menariknya, pemilik rumah tersebut, seorang mekanik sedang leka tidur tanpa menyedari rumahnya dimasuki penyamun sehingga terpaksa dikejutkan oleh salah seorang polis peronda itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya turut merampas lima bilah parang dan peralatan pecah rumah daripada tujuh lelaki tempatan itu.
"Selain empat daripada mereka bersembunyi dalam bilik air, tiga lagi berada di bahagian dapur rumah tersebut,"