Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tujuh Pengedar Dadah Diberkas

Published: 09 Feb 2015 4.57 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis memberkas tujuh individu termasuk dua warga Indonesia yang dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah di sekitar Lembah Wang, dalam serbuan berasingan pada Rabu dan Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-pengedar-dadah-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:59 MYT

Kuala Lumpur - Polis memberkas tujuh individu termasuk dua warga Indonesia yang dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah di sekitar Lembah Wang, dalam serbuan berasingan pada Rabu dan Jumaat lalu. 

Turut dirampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM378,350 dalam serbuan di sebuah apartmen di Taman Bukit Cheras dan sebuah hotel bertaraf empat bintang di ibu kota. 

Seorang lelaki tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga Indonesia ditahan dalam serbuan pertama di apartmen dadah diberkas berkenaan pada Jumaat lalu. 

Polis menemui tiga peket besar plastik lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai syabu seberat 2.025 gram serta turut merampas wang tunai berjumlah RM 1,040 dan sebuah van jenis Toyota Hiace bernilai RM60,000.

Dalam serbuan berasingan pula, polis memberkas tiga lelaki yang menyewa dua unit bilik di sebuah hotel di lalan Loke Yew w di sini, Rabu lalu. 

Pihak polis merampas tiga peket plastik lutsinar berisi syabu seberat 152 gram, 570 biji pil ekstasi, 200 biji pil erimin 5 dan satu peket dadah ketamin seberat 25.33 gram.

Jumlah keseluruhan rampasan dadah dalam serbuan ini dianggarkan RM74,600. Hasil siasatan juga mendapati kesemua individu yang diberkas itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Sumber: Sinar Harian

Tujuh Pengedar Dadah Diberkas

ArticlePublished 09 Feb 2015 4.57 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM