Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tujuh Pelacur Ditahan

Diterbitkan: 13 Jun 2014 6.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam serbuan itu, polis menahan lima wanita warga Thailand dan dua wanita warga Vietnam, berusia antara 22 hingga 29 tahun. Turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 33 dipercayai penjaga premis..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-pelacur-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:12 MYT

KUALA LUMPUR 26 Mei 2010 - Dulu hanya urut batin, tetapi kini urut badan dengan badan pula dijadikan sebagai umpan berahi terbaru untuk menarik pelanggan.

Dengan bayaran tambahan sebanyak RM150 pula pelanggan dapat melampiaskan nafsu seks mereka terhadap tukang urut yang rata-ratanya terdiri daripada wanita muda warga asing.

Ini bermakna pelanggan perlu membayar RM250 untuk mendapatkan pakej urut badan ke badan beserta khidmat seks.

Berdasarkan maklumat orang ramai, Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur menyerbu sebuah pusat refleksologi di Pusat Perniagaan Danau Desa di sini kira-kira pukul 7 petang ini.

Dalam serbuan itu, polis menahan lima wanita warga Thailand dan dua wanita warga Vietnam, berusia antara 22 hingga 29 tahun.

Turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 33 dipercayai penjaga premis itu.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Razali Abu Samah berkata, tiga pelanggan tempatan yang sedang leka diurut ketika diserbu turut diambil keterangan untuk membantu siasatan.

Beliau memberitahu, ketika ditahan salah seorang daripada pelanggan itu dalam keadaan bogel sementara dua lagi separuh bogel.

"Polis turut merampas 72 kondom yang belum digunakan disorok serta ditutup dengan kertas di dalam tong sampah," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu.

Razali berkata, pihaknya turut merampas sebuah buku catatan yang merekodkan hasil pelacuran dan satu lagi buku yang mencatat hasil harian pekerja secara keseluruhan.

Kesemua pelacur itu katanya, akan disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran manakala penjaga terbabit pula ditahan mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan iaitu menjadikan premis sebagai tempat pelacuran.

Pemeriksaan awal juga mendapati, kesemua pelacur warga asing itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 6.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM