Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tujuh Menteri Antara 129 Penerima Pingat Kedaulatan Negara

Diterbitkan: 05 Sep 2014 1.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 12.15 PM
Pingat itu diwujudkan khas kepada anggota keselamatan serta pegawai awam yang telah menyumbang khidmat sokongan dalam Operasi Daulat di Sabah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-menteri-antara-129-penerima-pingat-kedaulatan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:24 MYT

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendahului senarai 129 penerima Pingat Kedaulatan Negara sebagai menghargai jasa dan peranan mereka dalam Operasi Daulat bagi membanteras penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang menceroboh Sabah.

Pingat itu diwujudkan khas kepada anggota keselamatan serta pegawai awam yang telah menyumbang khidmat sokongan dalam Operasi Daulat di Sabah.

Ahmad Zahid antara tujuh menteri kabinet menerima anugerah itu selain Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, di sini hari ini.

Empat lagi Menteri ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Antara pemimpin lain menerima pingat itu ialah Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Lebih 200 penceroboh bersenjata menceroboh kawasan Pantai Timur Sabah di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 12 Feb 2013.

Pada 5 Mac 2013, pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia melancarkan Operasi Daulat membanteras penceroboh itu melalui strategi Lautan Biru Kebangsaan setelah rundingan tiga minggu gagal.

Dalam insiden itu lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban akibat serangan penceroboh.

Bagaimanapun gerakan ofensif itu menyaksikan 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain.

Susulan itu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) dan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang menjadi perisai keselamatan kepada Sabah. - BERNAMA

Tujuh Menteri Antara 129 Penerima Pingat Kedaulatan Negara
ketibaan antara penerima-penerima Pingat Kedaulatan Negara..

Ketibaan Perdana Menteri Malaysia.

Tujuh Menteri Antara 129 Penerima Pingat Kedaulatan Negara
Sekitar majlis..

Tujuh Menteri Antara 129 Penerima Pingat Kedaulatan Negara
Sekitar upacara pemakaian Pingat Kedaulatan Negara...

ArtikelDiterbitkan 05 Sep 2014 1.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 12.15 PM