Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tujuh Lelaki Ditahan Terbabit Kegiatan Judi Sabung Ayam

Diterbitkan: 02 Feb 2016 3.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Taiping, 31 Jan- Tujuh lelaki termasuk remaja 15 tahun ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan judi sabung ayam di Kampung Air Kuning, Changkat Jering, di sini petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-lelaki-ditahan-terbabit-kegiatan-judi-sabung-ayam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:06 MYT

Taiping, 31 Jan- Tujuh lelaki termasuk remaja 15 tahun ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan judi sabung ayam di Kampung Air Kuning, Changkat Jering, di sini petang semalam.

Kesemua mereka berumur antara 15 dan 58 tahun diserbu sepasukan Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping ketika sedang leka bermain judi di tepi sebuah rumah di kampung itu, pada 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata semasa serbuan dilakukan terdapat sekumpulan orang sedang mengerumuni gelanggang di situ.

"Ketika serbuan ada di antara mereka melarikan diri. Bagaimanapun, polis berjaya menahan tujuh lelaki iaitu tiga Melayu dan empat Cina.

"Dalam serbuan itu polis merampas satu kain hitam yang dijadikan gelanggang, lapan besi, tujuh batang besi taji di kaki tujuh ayam sabung dan wang tunai bernilai RM155 yang ditinggalkan di situ," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Harrith Kam berkata kesemua mereka direman bagi membantu siasatan termasuk mengenal pasti penganjurnya dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2016 3.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM