Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tujuh Ditahan Siasat Kes Culik Bunuh

Published: 29 Apr 2015 1.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai tujuh individu termasuk dua pelarian Rohingya ditahan di negeri Kedah dan Pulau Pinang kerana disyaki terlibat dalam kes culik dan bunuh selepas melakukan samun sebuah rumah di Jeniang Sik pada 9 April lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-ditahan-siasat-kes-culik-bunuh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:50 MYT

Seramai tujuh individu termasuk dua pelarian Rohingya ditahan di negeri Kedah dan Pulau Pinang kerana disyaki terlibat dalam kes culik dan bunuh selepas melakukan samun sebuah rumah di Jeniang Sik pada 9 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nashir Ya berkata, sebelum tangkapan, polis menerima laporan daripada seorang lelaki Rohingya juga bahawa dia disamun sekumpulan lima lelaki bertopeng di rumahnya di Kampung Mat Aris, Jeniang Sik dekat sini.

Mangsa mendakwa, suspek-suspek memakai topeng dengan dua daripada mereka bersenjatakan pisau.

Semua yang ditahan kini direman bagi membantu siasatan.

Sumber: Kosmo

Tujuh Ditahan Siasat Kes Culik Bunuh
ArticlePublished 29 Apr 2015 1.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM