Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tujuh Anggota Sindiket Curi Kereta Mewah Direman Seminggu

Published: 10 May 2015 2.23 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 10 Mei - Tujuh anggota sindiket yang dipercayai terlibat dalam kes curi lima kereta mewah bernilai RM2.8 juta ditahan reman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-anggota-sindiket-curi-kereta-mewah-direman-seminggu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:02 MYT

Kuala Lumpur, 10 Mei - Tujuh anggota sindiket yang dipercayai terlibat dalam kes curi lima kereta mewah bernilai RM2.8 juta ditahan reman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata, polis sedang meneliti dengan lebih lanjut sama ada kesemua suspek berkenaan terlibat dengan sindiket yang membawa kereta mewah ke luar negara atau sebaliknya.

"Siasatan masih dijalankan, reman diperolehi sehingga 15 Mei ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Semalam, polis menahan tujuh anggota sindiket mencuri kereta termasuk dua wanita berumur antara 22 hingga 48 tahun di Petaling Jaya dan Puchong Utama, Selangor.

Kesemua kenderaan mewah yang dirampas menerusi Operasi Lejang itu adalah Porche Panamera Turbo, Land Rover Evoque, Audi Asse, Toyota Vellfire dan Bentley Continental.- BERNAMA

ArticlePublished 10 May 2015 2.23 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM