Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tujuh Anggota Geng Pejai Terbabit Kes Ragut Dan Samun Diberk 20140619

Published: 19 Jun 2014 12.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 27 Jan - Polis Perak pada Sabtu lepas memberkas tujuh suspek dipercayai anggota Geng Pejai yang disyaki terlibat dalam 21 kes ragut dan samun...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-anggota-geng-pejai-terbabit-kes-ragut-dan-samun-diberk-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:23 MYT

Ipoh, 27 Jan - Polis Perak pada Sabtu lepas memberkas tujuh suspek dipercayai anggota Geng Pejai yang disyaki terlibat dalam 21 kes ragut dan samun.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua suspek yang berusia antara 23 dan 31 tahun terbabit ditahan di beberapa lokasi di sini berserta pelbagai jenis barangan termasuk senjata tajam.

"Geng berkenaan dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas. Mereka disyaki menggunakan motosikal jenis Yahama LC bagi kegiatan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sasaran mereka adalah kediaman yang penghuninya tiada di rumah atau mangsa dari golongan wanita yang tinggal bersendirian atau ketiadaan suami kerana bekerja, katanya.

Beliau berkata ketujuh-tujuh suspek diberkas di Taman Meru, Taman Meru Jaya dan Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan di Manjoi.

Sum berkata suspek pertama berusia 23 tahun yang dipercayai bertindak sebagai perancang utama geng itu ditahan di rumahnya di Taman Meru pada pukul 3.30 petang.

Beliau berkata penahanan itu kemudiannya membawa kepada penahanan tiga lagi suspek yang diberkas di Taman Meru Jaya.

"Siasatan terhadap penahanan kali kedua itu membawa pula kepada tiga lagi penahanan suspek lain di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan," katanya.

Operasi penangkapan di kampung itu menyaksikan berlaku pergelutan dengan pihak polis kerana terdapat suspek yang mahu melarikan diri, katanya.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut turut mendapati enam daripada mereka pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah serta kes dadah di samping suspek yang disyaki perancang utama turut pernah disabitkan kesalahan rogol. Kesemua suspek direman sehingga Ahad ini, katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 12.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM