Artikel
Tubuh Jawatankuasa Tangani Kes Kematian Dalam Lokap
Kuala Lumpur, 28 Mei 2013 – Keprihatinan pucukpimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani insiden kematian di lokap Polis dizahirkan dengan penubuhan...
Kuala Lumpur, 28 Mei 2013 – Keprihatinan pucukpimpinan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dalam menangani insiden kematian di lokap Polis
dizahirkan dengan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi mengelakkan
kejadian berulang.
YDH CP Datuk Mortadzabin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan dalam sidang media di Bukit Aman hari ini turut menyatakan bahawa PDRM akan mewujudkan Lokap Berpusat (Central Lock-Up) di beberapa kawasan seperti di Jinjang, Shah Alam, Indera Mahkota, Bayan Baru dan Kota Kinabalu.
Lokap tersebut akan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV), system interkom, ruang Black Maria, bilik peguam, bilik mahkamah, bilik kawalan, bilik kawad cam, bilik transit dan ruang makan bagi menjamin keselamatan untuk Orang Kena Tahan (OKT) ketika berada di dalam tahanan.
Aspek kesihatan juga dipertingkatkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan bersama PDRM untuk memastikan OKT diberikan pemeriksaan kesihatan dengan kehadiran doktor perubatan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Antara lain yang akan diwujudkan ialah lembaga pelawat dan juga kebenaran lawatan daripada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dengan kebenaran Pegawai Penjaga Lokap serta pemantauan akan dibuat oleh pegawai kanan polis dari masa ke semasa.

YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan dalam sesi sidang media.