Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tubuh Jawatankuasa Tangani Kes Kematian Dalam Lokap

Published: 12 Jun 2014 6.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 28 Mei 2013 – Keprihatinan pucukpimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani insiden kematian di lokap Polis dizahirkan dengan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi mengelakkan kej..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tubuh-jawatankuasa-tangani-kes-kematian-dalam-lokap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:15 MYT
Kuala Lumpur, 28 Mei 2013 – Keprihatinan pucukpimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani insiden kematian di lokap Polis dizahirkan dengan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi mengelakkan kejadian berulang.

YDH CP Datuk Mortadzabin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan dalam sidang media di Bukit Aman hari ini turut menyatakan bahawa PDRM akan mewujudkan Lokap Berpusat (Central Lock-Up) di beberapa kawasan seperti di Jinjang, Shah Alam, Indera Mahkota, Bayan Baru dan Kota Kinabalu.

Lokap tersebut akan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV), system interkom, ruang Black Maria, bilik peguam, bilik mahkamah, bilik kawalan, bilik kawad cam, bilik transit dan ruang makan bagi menjamin keselamatan untuk Orang Kena Tahan (OKT) ketika berada di dalam tahanan.

Aspek kesihatan juga dipertingkatkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan bersama PDRM untuk memastikan OKT diberikan pemeriksaan kesihatan dengan kehadiran doktor perubatan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Antara lain yang akan diwujudkan ialah lembaga pelawat dan juga kebenaran lawatan daripada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dengan kebenaran Pegawai Penjaga Lokap serta pemantauan akan dibuat oleh pegawai kanan polis dari masa ke semasa.

Tubuh Jawatankuasa Tangani Kes Kematian Dalam Lokap
YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan dalam sesi sidang media.
ArticlePublished 12 Jun 2014 6.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM