Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tragedi Kumpulan Remaja Berbasikal Polis Nasihatkan Jadikannya Sebagai Pengajaran

Diterbitkan: 20 Feb 2017 3.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis Johor berharap, tragedi mengorbankan lapan remja berbasikal di bandar raya ini, awal pagi kelmarin, menjadi pengajaran kepada kumpulan lain yang masih membabitkan diri dengan aktiviti berbahaya itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tragedi-kumpulan-remaja-berbasikal-polis-nasihatkan-jadikannya-sebagai-pengajaran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:57 MYT
Polis Johor berharap, tragedi mengorbankan lapan remja berbasikal di bandar raya ini, awal pagi kelmarin, menjadi pengajaran kepada kumpulan lain yang masih membabitkan diri dengan aktiviti berbahaya itu.

Ketua Polis Johor, Dato' Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata sebelum ini, kumpulan remaja berbasikal yang sering berkumpul di sekitar bandar raya ini, sudah berulang kali diberi amaran dan nasihat oleh polis.

"Bukan tidak pernah diberikan amaran, tetapi ada yang tidak mengendahkannya. Sudah banyak kali diberi amaran dan nasihat, malah mereka juga akan melarikan diri apabila menyedari polis menghampiri lokasi (tempat berkumpul). 

"Selama ini, polis banyak menggunakan pendekatan lembut, pencegahan dan nasihat serta kempen kerana menyedari mereka terdiri daripada remaja dan di bawah umur," katanya.

Selanjutnya menerusi artikel Berita Harian di bawah.
Tragedi Kumpulan Remaja Berbasikal Polis Nasihatkan Jadikannya Sebagai Pengajaran
ArtikelDiterbitkan 20 Feb 2017 3.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM