Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Trafik Kluang Cekup Tokan Dadah

Published: 25 Nov 2015 2.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kluang, 24 November- Sepasukan polis dari Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menahan seorang pengedar dadah dalam satu operasi pemeriksaan di Jalan Paloh, di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/trafik-kluang-cekup-tokan-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:28 MYT

Kluang, 24 November- Sepasukan polis dari Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menahan seorang pengedar dadah dalam satu operasi pemeriksaan di Jalan Paloh, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Haji Mohamad Laham memaklumkan, sepasukan anggota Trafik yang sedang membuat rondaan trafik di kawasan Kluang telah melihat sebuah kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahan kenderaan terbabit untuk pemeriksaan lanjut.

"Pemeriksaan ke atas pemandu telah menjumpai beg pinggang yang dipakainya mengandungi 12 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 4.7gram serta 13 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin seberat 15.4 gram," katanya.

Kesemua barang kes tersebut dirampas dan suspek ditahan lanjut untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

ACP Haji Mohamad berkata, pihaknya amat berbangga dengan komitmen tinggi terhadap tugas yang ditonjolkan oleh anggotanya tanpa mengira cawangan demi membanteras jenayah terutamnaya di daerah tersebut.

"Kejayaan ini perlu dicontohi oleh semua elemen di dalam Polis Diraja Malaysia tanpa mengira cawangan dan kesungguhan dalam bekerja harus dititik beratkan," ujar beliau.

Sumber gambar: Fb Muhammad Alhafiz
​Trafik Kluang Cekup Tokan Dadah

ArticlePublished 25 Nov 2015 2.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM