Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Trafik Kl Awasi 10 Kawasan Panas

Published: 16 Jul 2015 2.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 16 Julai- Semasa perayaan Aidilfitri kali ini, pihak Trafik Kuala Lumpur akan memberi tumpuan kepada 10 kawasan panas yang dikenal pasti sebagai lokasi yang kerap berlaku kemalangan jalan raya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/trafik-kl-awasi-10-kawasan-panas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:00 MYT

Kuala Lumpur, 16 Julai- Semasa perayaan Aidilfitri kali ini, pihak Trafik Kuala Lumpur akan memberi tumpuan kepada 10 kawasan panas yang dikenal pasti sebagai lokasi yang kerap berlaku kemalangan jalan raya.

Kawasan itu ialah Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jalan Ampang, Jalan Duta, Jalan Sungai Besi dan Jalan Klang Lama.

Menurut Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain, jalan-jalan berkenaan sering mencatat angka kemalangan yang tinggi apatah lagi semasa musim perayaan.

"Misalnya dalam Dalam Op Selamat 2014, sebanyak 204 kemalangan direkod dalam 10 kawasan panas ini dengan Jalan Kepong merekod angka kemalangan tertinggi iaitu 98 kes.

"Ini diikuti dengan Jalan Cheras (94), MRR2 (93), Jalan Tun Razak (68), Jalan Ipoh (66), Jalan Kuching (63), Jalan Ampang (58), Jalan Duta (57), Jalan Sungai Besi (54) dan Jalan Klang Lama (52)," katanya kepada kepada Bernama.

Mohd Nadzri berkata Trafik Kuala Lumpur akan meningkatkan operasi sempena Aidilfitri menerusi Op Selamat.

"Selain mengadakan Op Statik Payung, pelbagai operasi lagi akan diadakan seperti Op Waktu Terhad, Op Lumba Haram, Op Pelbagai Kesalahan, Op Had Laju, Op Lampu Merah dan Op Mabuk," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan melaksanakan operasi bersepadu di hentian bas ekspres sebelum bas memulakan perjalanan, bagi memastikan pemandu tidak berada di bawah pengaruh dadah ketika membawa penumpang.- BERNAMA

ArticlePublished 16 Jul 2015 2.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM