Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Miliki Ganja Ditahan Dalam Ops Khas Motosikal

Diterbitkan: 16 Jul 2015 5.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 16 Julai- Seorang lelaki ditahan kerana memiliki ganja seberat 7.2 gram dalam Ops Khas Motosikal di sini malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-miliki-ganja-ditahan-dalam-ops-khas-motosikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:22 MYT

Ipoh, 16 Julai- Seorang lelaki ditahan kerana memiliki ganja seberat 7.2 gram dalam Ops Khas Motosikal di sini malam tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Sahidi Din berkata lelaki berumur lingkungan 20-an itu didapati turut positif dadah.

Beliau berkata ia merupakan tangkapan pertama di Perak sejak operasi dijalankan pada 11 Julai lalu.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Perak, Ramli Awang Seberang berkata sebanyak 110 kes dilapor termasuk 87 kes saman sementara sebuah motosikal disita sepanjang operasi setakat ini yang bertujuan mengurangkan bilangan kemalangan dan kematian di jalan raya semasa musim perayaan.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 16 Jul 2015 5.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM