Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tolak Rasuah Rm500 000 Kerana Tidak Mahu Jahanamkan Bangsa D

Published: 17 Jun 2014 8.35 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Rasa sayang terhadap bangsa dan generasi muda serta mentaati perintah agama mendorong Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, Asisten Supritendan Abdul Ghani Tal..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tolak-rasuah-rm500-000-kerana-tidak-mahu-jahanamkan-bangsa-d
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:50 MYT

Rasa sayang terhadap bangsa dan generasi muda serta mentaati perintah agama mendorong Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, Asisten Supritendan Abdul Ghani Talib, untuk tidak menerima tawaran rasuah RM500,000 yang bertujuan menutup sindiket pengedaran dadah terbesar di daerah ini.

Abdul Ghani, 43 yang sedar kesannya terhadap masyarakat jika menerima tawaran itu, tidak pernah menyesal menolaknya walaupun berkali-kali dipujuk suspek yang menjanjikan wang sebanyak itu akan diserahkan dalam masa beberapa jam sahaja.

"Saya katakana kepada suspek, walau berapa juta ringgit sekalipun bayaran yang sanggup diberikan untuk melepaskannya, saya tidak akan terima. Pada masa itu suspek seakan sudah 'memancing' saya dengan menelefon seseorang untuk menghantar duit itu segera.

"Saya bersyukur kerana tidak gelap mata dengan tawaran itu, apa yang saya ingat hanya Allah. Lagipun mengambil rasuh adalah kesalahan besar dan saya bertanggunjawab dengan rakyat. Jika saya ambil wang itu, saya membuka jalan untuk menjahanamkan bangsa dan Negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tolak Rasuah Rm500 000 Kerana Tidak Mahu Jahanamkan Bangsa D
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.35 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM