Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tolak Rasuah Dua Anggota Trafik Dapat Penghargaan

Published: 10 Dec 2014 7.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Lans Koperal Mohd Shazwan Zulkapli dan Lans Koperal Mohd Farid Amran telah ditawarkan sejumlah wang oleh pemandu lori bagi mengelakkan beliau disaman atas kesalahan membawa muatan yang melebihi had dibenarkan di lebuh raya Taiping awal bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tolak-rasuah-dua-anggota-trafik-dapat-penghargaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:56 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo

Kuala Lumpur, 10 Dis – Atas sikap amanah dan berintegriti dua anggota polis trafik yang menolak rasuah mendapat perhatian dan telah dianugerahkan sijil penghargaan oleh Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Dato’ Haji Mohd Fuad Abd Latiff dalam satu majlis Sidang Media Operasi Trafik, di Pejabat Trafik Bukit Aman, pagi tadi.

Lans Koperal Mohd Shazwan Zulkapli dan Lans Koperal Mohd Farid Amran telah ditawarkan sejumlah wang oleh pemandu lori bagi mengelakkan beliau disaman atas kesalahan membawa minuman keras di lebuh raya Taiping awal bulan lalu.

“Saya sangat menitikberatkan isu integriti dan mereka merupakan sebagai contoh dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerangi rasuah dan amat menghargai pegawai atau anggota yang mengambil tindakan menolak rasuah,” ujar beliau lagi.

Tolak Rasuah Dua Anggota Trafik Dapat Penghargaan
Lans Koperal Mohd Shazwan Zulkapli menerima sijil penghargaan dan sagu hati daripada Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Dato’ Haji Mohd Fuad Abd Latiff

Tolak Rasuah Dua Anggota Trafik Dapat Penghargaan
Lans Koperal Mohd Farid Amran menerima sijil penghargaan dan sagu hati daripada Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Dato’ Haji Mohd Fuad Abd Latiff 

Tolak Rasuah Dua Anggota Trafik Dapat Penghargaan
Teruskan jalankan tugas dengan sikap amanah dan integriti 

ArticlePublished 10 Dec 2014 7.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM