Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tolak Rasuah 26 Warga Pdrm Terima Penghargaan

Published: 28 Apr 2021 8.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Seramai lapan orang Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis dari Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman menerima surat penghargaan selepas menolak wang sogokan sebagai dorongan supaya membebaskan ahli sindiket penyeludupan rokok dan arak di sekitar Pulau Pinang pada 26 Januari 2021.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tolak-rasuah-26-warga-pdrm-terima-penghargaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:57 MYT

Kuala Lumpur, 28 April 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menyampaikan surat penghargaan kepada 26 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mempamerkan integriti yang tinggi dengan menolak rasuah ketika menjalankan tugas mencegah jenayah. 

Seramai lapan orang Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis dari Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman menerima surat penghargaan selepas menolak wang sogokan sebagai dorongan supaya membebaskan ahli sindiket penyeludupan rokok dan arak di sekitar Pulau Pinang pada 26 Januari 2021.

Tidak ketinggalan juga, seramai 18 warga PDRM dari pelbagai jabatan menerima sijil penghargaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disampaikan oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador kerana telah melaporkan pemberian dan penerimaan rasuah sehingga suspek dibawa ke muka pengadilan.

Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Zamri Yahya dan Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali.

Semoga dengan pemberian surat penghargaan ini akan menjadi motivasi dan pendorong semangat untuk seluruh warga Pasukan agar terus mempamerkan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang, Konstabel Nurkhairunisa Ibrahim dan pelajar praktikal dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor, Muhammad Asyraf Rosmidi

0R9A4235

0R9A4248

0R9A4238

0S5A5037

0R9A4268

0S5A5049

0R9A4468

0R9A4382

0R9A4409

0R9A4274

0R9A4481

0S5A5286

0R9A4547

0R9A4567


ArticlePublished 28 Apr 2021 8.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM