Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tokan Dadah Warga Myanmar Ditangkap

Published: 13 Aug 2018 4.50 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Sabak Bernam - Seorang pengedar dadah warga Myanmar dicekup dalam 'Ops Payung', di Jalan 1, Bagan Sungai Besar, Rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tokan-dadah-warga-myanmar-ditangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:56 MYT

Sabak Bernam - Seorang pengedar dadah warga Myanmar dicekup dalam 'Ops Payung', di Jalan 1, Bagan Sungai Besar, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek ditahan sepasukan polis diketuai Sarjan Mazli Mohamed kira-kira jam 2.30 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis, menemui tiga paket plastik yang mengandungi dadah jenis heroin seberat 18.63 gram yang dianggarkan bernilai RM500.

"Dadah terbabit ditemui pada poket seluar yang dipakai suspek," katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, semalam.

Nor Azmi berkata, hasil Ujian Air Kencing (Urin) yang dilakukan di IPD Sabak Bernam mendapati suspek positif dadah jenis heroin.

Katanya, suspek juga tidak memiliki pasport dan akan disiasat mengikut Akta Imigresen.

"Hasil semakan polis, suspek tidak memiliki rekod lampau sebelum ini.

"Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

ArticlePublished 13 Aug 2018 4.50 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM